Beautiful Me;
blog gadis-gadis yang awesome Follow | Or you wanna go back to Dashboard?
Enjoy!


Nur Nazatul Nasyrah

Create Your Badge

Follow Us

Hebatnye Ibu!
Monday, January 2, 2012 | 1:50 PM | 0 comments

Assalamualaikum,
mood homesick sye dtg lagi. Sebagai seorang anak, mesti la, kite rase rindu kepada ibu bape kite. tapi yg lebih sye rasakan ialah ibu sebab sebab ibu lah yg susah payah mengandungkn sye, menampung berat sye 2.8 kg (kalu x clap la,,huhu), 9 bulan tu beb, adoi, bile da besar degil sungguh, hehe,,, memang la sejak dari tingkatan 1 lagi sye da belaja berdikari. Ma Abah anta saye belajar di maktab yang terletak di Johor, sampai la tingkatan 5. Tapi sye xmampu nak bagi mereka ANugerah Pelajar Terbaik Malaysia. Tapi mereka still senyum n support sye:) Ape pown, Alhamdulillah, sijil PMR sye ade tercatat Pelajar terbaik PMR. (tu pown ase nye, pihak sekolah print kan kat sume student kowt,,hehe), tapi saye xberani nak tipu ma sye. sebab bile sye tipu, sye akan rase len macam, n mule la, sye susun ayat nk cover yg konon2 sye tersilap info. hehe,, (tipu gak ke?)


ma bersama cucu beliau, Rifaat zikry

Bayangkan kasih seorang ibu, cubalah kita ukur kasihnya kepada anaknya, boleh diukur?

Sekiranya ada alat yang boleh mengukur kasih sayang ibu pastinya tak terbaca alat itu kasih dan sayangnya seorang ibu kepada anak-anaknya kerana setiap kali ia ingin mengukurnya, saya yakin bacaannya akan sentiasa melebihi had ukuran alat itu.

Namun di dalam peristiwa ini saya diajarkan Allah bahawa seorang ibu itu pastinya tidak sempurna kerana seorang ibu adalah manusia yang mempunyai banyak kelemahan seperti kita juga.

Sye perhatikan dan amati di dalam masyarakat kita banyak sifat ibu yang mungkin menyebabkan anak-anak tidak begitu gembira, contohnya suka berleter, lebih menyayangi anak yang lain (persepsi), suka menjerit (saya pernah mendengar seorang ibu yang asyik menjerit pada anak-anaknya dari mula saya datang kerumahnya sampai saya balik), suka membazir, suka menunjuk-nunjuk, suka mengumpat menantu, suka bersolek dan sebagainya.

Apapun kelemahan ibu, kita tidak boleh sama sekali mengecilkan hatinya baik dengan apa cara sekalipun.

Sebagai manusia biasa yang hatinya boleh terluka, saya yakin antara luka yang paling dalam adalah apabila dilukai oleh anaknya sendiri.

Anak yang disusuinya, anak yang membuatkan dia tidak tidur malam berhari-hari, anak yang dijaganya seperti menatang minyak yang penuh.

Wilayah Islamiah

Ada seorang yang saya kenali yang suka bertanya kepada Allah di dalam urusan kehidupannya.

Pada suatu hari dia mengatakan bahawa dia sangat bersyukur dibimbing Allah, diberi hidayah oleh Allah sehingga dia dapat mengenali Allah dan mendapat nikmat ketenangan hidup di bawah lembayung rahmat kasih sayang Allah.

Satu hari, dia mengatakan bahawa dia mahu tahu kenapa Allah memilih dia dari kalangan keluarganya dan saudara-maranya untuk diberi hidayah, kerana kehidupan yang dilalui sama seperti mereka tetapi Allah memilihnya untuk diberi-Nya petunjuk. Maka dia pun bertanya kepada Allah.

Alhamdulillah menurutnya, tidak sampai beberapa saat dia bertanya Allah memberikan jawapannya.Mahu tahu apa jawapannya?

Allah terus mengingatkan kepadanya kisah ketika dia masih seorang pelajar.

Ketika di universiti, dia bekerja sambil belajar dan hampir semua wang yang diperolehinya ketika belajar itu diberikannya kepada ibunya. Hebatnya ganjaran Allah kepada seseorang yang menjaga ibunya.

Tiada ganjaran yang lebih bermakna dari ganjaran hidayah dan petunjuk Allah.

Namun balasan Allah juga pastinya hebat bagi seseorang yang menyakiti hati ibu.Ampuni kami Ya Allah.

Pastinya kita tidak dapat membalas kasih dan pengorbanan ibu tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk menjaga perasaan dan tidak melukakan hatinya.

Semoga Allah mengampuni kita di atas segala keterlanjuran kata dan perbuatan yang telah mengecilkan hati ibu.

Sekiranya ibu kita masih ada bersyukurlah kerana ibu akan mendoakan kita setiap hari.

Insya-Allah.sekiranya ibu kita sudah tiada, doakanlah keselamatan untuknya di alam sana sebagaimana dia sering mendoakan kita ketika hayatnya.

Sebuah kisah ibu yg leyh dijadikan teladan utk sye dan pembace2 sekalian yg bergelar anak,

Alkisah di sebuah desa, ada seorang ibu yang sudah tua, hidup berdua dengan satu-satunya anak. Suaminya sudah lama meninggal kerana sakit. Si ibu sering kali merasa sedih memikirkan anak satu-satunya. Anaknya mempunyai tabiat yang sangat buruk iaitu suka mencuri, berjudi, melaga ayam dan banyak lagi.

Ibu itu sering menangis meratapi nasibnya yang malang, dia sering berdoa memohon kepada Tuhan: “Tuhan tolong sedarkan anakku yang kusayangi, supaya tidak berbuat dosa lagi. Aku sudah tua dan ingin menyaksikan dia bertaubat sebelum aku mati”.

Namun semakin lama si anak semakin liar dengan perbuatan jahatnya, sudah sangat sering dia keluar masuk penjara kerana kejahatan yang dilakukannya.

Suatu hari dia kembali mencuri di rumah penduduk desa, namun malang dia tertangkap. Kemudian dia dibawa ke hadapan raja utk diadili dan dijatuhi hukuman pancung. Pengumuman itu diumumkan ke seluruh desa, hukuman akan dilakukan keesokan hari di depan rakyat desa dan tepat pada saat loceng berdentang menandakan pukul enam pagi.

Berita hukuman itu sampai ke telinga si ibu. Dia menangis meratapi anak yang dikasihinya dan berdoa berlutut kepada Tuhan “Tuhan ampuni anak hamba, biarlah hamba yang sudah tua ini yang menanggung dosa nya”.

Dengan tertatih tatih si ibu menghadap raja dan memohon supaya anaknya dibebaskan.

Tapi keputusan sudah muktamad, anaknya harus menjalani hukuman.

Dengan hati yang hancur, ibu kembali ke rumah. Tidak henti – henti si ibu berdoa supaya anaknya diampuni, dan akhirnya dia tertidur kerana kelelahan. Dan dalam mimpinya dia bertemu dengan Tuhan.

Keesokan harinya, ditempat yang sudah ditentukan, rakyat berbondong – bondong menyaksikan hukuman tersebut. Tukang pancung diraja sudah siap dengan pancungnya dan si anak itu sudah pasrah dengan nasibnya.

Terbayang di matanya wajah ibunya yang sudah tua, dan tanpa terasa ia menangis menyesali perbuatannya Detik-detik yang dinantikan akhirnya tiba.

Sampai waktu yang ditentukan tiba, loceng belum juga berdentang sudah lewat lima minit dan suasana mulai kecoh, akhirnya petugas yang bertugas membunyikan loceng datang.

Petugas itu mengaku hairan kerana sudah sejak tadi dia menarik tali loceng tapi bunyi dentangnya tiada.

Disaat mereka semua sedang bingung, tiba – tiba dari tali lonceng itu mengalir darah. Darah itu berasal dari atas tempat di mana lonceng itu diikat. Dengan jantung berdebar – debar seluruh rakyat menantikan apa yang berlaku disaat beberapa orang naik ke atas menyelidiki sumber darah itu.

Tahukah anda apa yang terjadi?

Ternyata di dalam loceng ditemui tubuh si ibu tua dengan kepalanya hancur berlumuran darah dia memeluk bandul di dalam loceng yang menyebabkan loceng tidak berbunyi, dan sebagai gantinya, kepalanya yang terhantuk sehingga hancur di dinding loceng tersebut!

Seluruh orang yang menyaksikan kejadian itu tertunduk dan menitiskan air mata. Sementara si anak meraung – raung memeluk tubuh ibunya yang sudah diturunkan. Si Anak menyesali dirinya yang selalu menyusahkan ibunya.

Malam sebelumnya, si ibu dengan bersusah payah memanjat ke atas dan mengikat dirinya di lonceng. Dia memeluk besi dalam lonceng untuk menghindari hukuman pancung keatas anaknya.

Demikianlah sangat jelas kasih seorang ibu untuk anaknya. Walaubagaimana jahat pun si anak, si ibu tetap mengasihi sepenuh hidupnya.

Marilah kita mengasihi orang tua kita masing – masing selagi kita masih mampu kerana mereka adalah sumber kasih Tuhan bagi kita di dunia ini.




Moral Story: Sekire nye kite duduk berjauhan dgn ibu kite, ape la salahnye kite sedekahkan Al-fatihah buat ibu ayah kite, Ingat mereka dlm doa kite. Sye yakin, mereka tidak mintak lebih, cukuplah mengingati mereka:)

P/s: Atul taw ma rindu atul kan,, huhu, Kalu x, nape ma kol balek kalu atul miskol,:)slalu mesti ma saje nk tunggu atul kol balek,,hehe

Labels:



Old things | New things

This template by AfikahShuhaimi. Basecode by OhhAeen. Header and edited by Alia Eyra.